MHMS 2020
Malaysian Halal Management System
Apakah itu MHMS 2020 (Sistem Pengurusan Halal Malaysia)?
Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS 2020) ialah sistem pengurusan bersepadu yang dibangun, dilaksana dan dikekalkan oleh sesebuah syarikat untuk menguruskan produk dan perkhidmatan serta mengekalkan jaminan halal. Di bawah MHMS 2020, jaminan tersebut dicapai melalui salah satu daripada dua rejim: Sistem Kawalan Halal Dalaman (IHCS) atau Sistem Jaminan Halal (HAS).
Diterbitkan oleh JAKIM, MHMS 2020 mentakrifkan istilah, keperluan umum dan keperluan khusus mengikut skim yang mengawal pengurusan halal bagi organisasi yang dipersijilkan di Malaysia.
Sumber: MHMS 2020, Perkara 4(18)